Sunday, 4 December 2011
Pengalaman yang paling tragis malam ni bersama dengan fariq iqbal dan akmal....
Assalamualaikum... sahabat2.. malam ni merupakan malam yang paling menyedihkan bagi kami. aq n fariq berhasrat utuk puasa pada 9 muharam dan 10 muharam. Kami sebenarnya belum lagi menjamah sesuap makanan pun dari pukul 7.00 hingga 11.30 malam. Apabila kami bercadang hendak pergi beli makanan di UPTEN dalam kol 9.00 malam dengan berjalan kaki tapi kami tangguhkan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Pada pukul 11.30 malam aq mengajak akmal untuk pergi membeli makanan di cafe Dewan Seri Saujana. Kami pergi ke sana dengan menaiki motor kepunyaan akmal dengan tidak memakai helmet tapi malangnya Cafe di Dewan Seri Saujana. Ku bawakan hatiku yang lara ini untuk mencari sesuatu yang boleh di makan dan mengenyangkan kami walaupun pahit pegalaman ini tetap ku telan juga demi kelangsungan hidup dan berpuasa pada esok hari. Kami telah pergi ke kelompok cendekiawan dengan harapan untuk membeli burger atau oblong tetapi kami menerima nasib yang sama. Kami bersabar dengan segala dugaan yang menimpa, aq n akmal membuat keputusan untuk membeli roti di kiosk cendekiawan. Apabila aku sudah memilih makanan yang hendak dibeli. Juruwang telah mengira semua barang yang aku beli tetapi malangnya harga yang perlu aku bayar sangatlah mahal. Aku bertanya pada juruwang "kenapa harga yang perlu aku bayar sangat mahal?". Juruwang itu berkata "Semua harga yang dikenakan adalah harga mengikut kadar harga mahasiswa Arab". Dengan perut yang lapar ini, aku telah gagahkan diriku ini untuk membayar harga makanan walaupun ianya mahal. Itulah kisah yang aku ingin berkongsi pada sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih kerana telah meluangkan masa sahabat-sahabat sekalian untuk membaca kisahku ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)