Wednesday, 25 April 2012

Isteri boleh berkerja dgn keizinan suami


Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.
Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan.
Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.
2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.
Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Ini satu lagi petikan Sabda Rasulullah Saw mengenai tanggungjawab lelaki:
ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﻜﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻟﻦ ﻳﻔﻠﺢ ﻗﻮﻡ ﻭﻟﻮﺍ ﺃﻣﺮﻫﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ
Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

HAK TERHADAP HARTA ISTERI
Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah hartasuami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri.
Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya.
Ini merupakan suatu amalanyang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.
Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah: Maksudnya“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)
Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang telah diberikannya kepada isterinya.
Firman Allah yang bermaksud:
“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

PETIKAN KATA PUJANGGA
Wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya sebagai SUAMI dan ISTERI
Beringat dan Berpada-padalah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah seandai diri tidak semulia Rasulullah Saw.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
 

Saturday, 21 April 2012

lelaki dan perempuan




Wanita : Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je…

Ustaz : Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah… Tapi kamu nak ustaz jawab iku
t ilmu ke nafsu ke exclusive?

Wanita : Exclusive hape plak tu ustaz?

Ustaz : Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?

Wanita : Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni..

Ustaz : Hehe… mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun… kan?

Wanita : Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh..

Ustaz : Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: ''Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya''.

(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah.

Cakap-cakap orang…
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'.. Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka? Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata. 'Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH.

Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!!

Wanita : Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini?

Ustaz : Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'.. Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
''Perempuan tu ke? Ooh… aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping.''
''Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu…''
''Perempuan tu ke? Haha… Aku dah pernah rasa dah…''
''Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.''
''Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..''

EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU!!

Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat?? Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?

Lelaki… Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.

Perempuan… Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan… Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan… Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'. Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
'Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???

Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci...

Wanita : Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?

Ustaz : Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar….

Monday, 16 April 2012

Sahabat Ketam

Dalam kerjaya saya, saya perlu berkerja dan menemui ramai insan-insan yang kemudiannya akan menjadi kenalan, kawan dan sahabat saya. Mereka terdiri daripada golongan pelajar, mahasiswa, professional dan warga korporat. Antara mereka ini, selepas menghadiri program saya. Ada yang berubah ke tahap yang baik dan lebih baik. Namun hairannya, pasti akan ada individu yang tidak berubah.
Walaupun mereka berjumpa dengan saya secara peribadi untuk berubah. Namun mereka tidak akan berubah untuk ke tahap yang lebih cemerlang.Pada mulanya, saya tidak dapat memahami mengapa mereka bertindak sedemikian. Setelah saya amati beberapa aspek. Saya mula fahami satu perkara. Perkara tersebut saya selitkan dalam e-Book "7 Petua Bersahabat" saya. Sebab yang pertama ialah kerana mereka bersahabat dengan SAHABAT KETAM.
Rasullullah s.a.w bersabda :
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Hadis ini juga menekankan kepentingan pada kita untuk memilih sahabat-sahabat yang dapat membantu kita maju ke hadapan. Bukan maju ke arah belakang!
Fenomena memilih sahabat yang berakhlak baik dipandang ringan di dalam masyarakat kita. Tahukah anda bahawa ramai manusia di luar sana masih di tahap yang sama hanya kerana mereka masih berada di dalam lingkungan sahabat-sahabat yang bersifat ketam.
Ya! Bersifat ketam. Mengapa saya kata ketam. Ini adalah kerana jika anda ambil beberapa ekor ketam dan letakkan mereka di dalam sebuah bakul. Anda akan lihat ketika ketam yang paling atas cuba melarikan diri keluar dari bakul tersebut. Ketam dibawahnya akan menarik ketam yang sedang memanjat untuk melarikan dirinya daripada bakul tersebut. Akhirnya tiada siapa yang akan berjaya keluar dari bakul tersebut.
 Lihatlah bagaimana Allah menunjukkan hikmahNYA kepada kita melalui sifat ketam ini. Ini adalah satu pengajaran besar yang kita perlu teladani.
Perkara yang sama juga berlaku dalam hidup kita. Pernahkah saudara-saudari hadapi perkara ini. Saya yakin pasti ada saat-saat saudara-saudari mahu berubah dalam hidup anda. Namun kerana lingkungan sahabat-sahabat yang bersifat ketam ini. Membuatkan anda akhirnya masih berada dalam alam kehidupan yang sama bersama mereka.
Saya masih ingat lagi ketika saya berkawan dengan sahabat-sahabat yang jenis suka keluar rumah waktu malam. Saya cuba berubah untuk kurangkan keluar rumah di waktu malam.. Namun agak sukar untuk saya lakukannya, kerana mereka akan menelefon saya dan memaksa saya untuk keluar bersama mereka.
Mengapa saya mahu kurangkan keluar pada waktu malam ialah kerana saya merasakan lepak di luar rumah pada waktu malam satu sikap yang tidak baik. Lebih daripada itu, kami pasti akan makan dan minum apabila bertemu. Faktor ini menyumbang kepada penurunan kesihatan tubuh badan saya dan perbelanjaan makan minum saya juga akan terlari dari bajet bulanan saya.
Namun setelah saya kenal pasti sahabat-sahabat yang bersifat ketam ini. Saya mula menjauhkan diri dan alhamdulillah. Kini saya boleh fokus pada kerja-kerja utama saya seperti merangka modul untuk program latihan dan motivasi saya pada waktu malam.
Memang sukar untuk lakukan perkara ini. Namun jika anda mahu berubah. Anda perlulah lakukan perkara ini. Cubalah!!! Namun harus diingati, maksud saya di sini ialah hanya menjauhkan diri bukannya putus sahabat. Nabi tidak pernah menggalakkan kita untuk memutuskan tali silaturrahim.
Ajaibnya nanti, anda akan lihat apabila anda berubah dan maju satu tangga ke hadapan. Anda akan bertemu dengan rakan-rakan baru pula. Carilah sahabat-sahabat yang dapat membawa kita maju di dalam kehidupan ini.Akhir kata dari saya...jauhilah sahabat yang bersifat ketam.
- Artikel iluvislam.com 

Saturday, 14 April 2012

Nafsu yang perlu kita jauhi....

Nafsu ada 7 jenis,iaitu :

1. Nasfu Amarah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah
- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah
- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah
- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

Wednesday, 11 April 2012

Kekuatan Islam jika solat SUBUH..

Pengakuan: "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negeri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah sempadan Jordania-Israel.

Sampai di daerah sempadan, ketika rombongannya Syeikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid.

Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syeikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "kenapa?"

Dia pun menjawab "di dalam kitab kami ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur."

Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami."Mendengar kata-kata ini Syeikh Maulana Tariq Jamil sangat kehairanan.

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh boleh ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahawasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumaat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam dapat meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam.

p/s: Sedarkah anda, kita sanggup bangun untuk menonton perlawanan bola sepak dipagi hari, tetapi Yahudi juga bangun untuk melihat 'kita'..!

Selamat malam dan jangan lupa bangun awal untuk solat subuh esok..:)

Tuesday, 10 April 2012

Apabila lelaki kehilangan tulang rusuk...

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Apabila kita merasakan akan menyakitinya,sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.


Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Friday, 6 April 2012

Luahan HAti...

Diamku bukan bererti kau telah aku lupakan,ataupun cintaku telah beralih arah,percayalah cinta ku tiada akhirnya,walaupun kau tidak pernah memberi harapan,namun api cintaku tetap membara untuk mu,kerna aku lah insan yang paling ikhlas mencintai..Biar perit rindu yang menyeksa jiwaku, Tetapi... dirimu tetap ku hajati.