Tuesday, 22 November 2011

First time bwak manual setelah setahun...=)

Assalamualaikum kawan-kawan. Aku hendak berkongsi cerita pada anda semua. Hari ini bersamaan Selasa, pada pukul 5.16 petang. Aku dan dua sahabat aku iaitu Khairul Aizat dan Amira Zakaria telah menemani seorang sahabat Aku yang bernama Ahmad Khairul ataupun nama panggilannya adalah Khairul. Dia ingin berjumpa dengan ayah dia kerana ingin bertukar kenderaan.

Pada mulanya,dalam fikiran aku kereta yang ingin ditukar oleh Khairul dan bapanya hanyalah kereta biasa tetapi sangkaan aku melesit kerana kereta yang dibawa bapanya adalah kereta left hand drive. Akupn terkesima seketika dengan apa yang telah aku lihat kerana tidak pernah melihat kereta yang jarang dijumpai. Setelah itu kami berempat menuju ke kedai yang menjual cool blog di UNITEN. Amira Zakaria telah membelanjakan aku satu cup cool blog atas pertolongan aku tempoh hari.

Selepas itu, Amira dan Aizat telah balik ke penginapan masing-masing. Khairul telah cabar aq untuk bawa kereta dia kerana aku sudah lama tidak bawa kereta manual. Pada mulanya, aku ragu-ragu dengan keupayaan aku kerana sudah lama tidak bawa kereta manual. Aku cabar diri aku untuk menyahut cabaran Khairul. Aku cuba sedaya upaya untuk memahirkan balik kebolehan aku mengendalikan kereta manual. Alhamdulillah aku sekarang sudah mahir sedikit walaupun ada banyak halangan ketika aku berlatih mengimbangkan clucth dan minyak pada kawasan yang berbukit. Aku amat berterima kasih kepada sahabatku kerana dia, aq sudah ada keyakinan untuk memandu kereta manual. Wasalam..=)